Roti Butterscotch Bertelur™

Hai.. Bertemu lagi kita, resepi saya kali ini adalah Roti Butterscotch Bertelur... Ia juga sangat mudah untuk disediakan... Pemakanan yang sesuai untuk menarik kanak-kanak...
Silalah mencuba...

Photobucket

BAHAN-BAHAN :

Roti Gardenia Butterscotch
Telur
Lada hitam
Marjerin
*sedikit garam halus jika perlu


**********
CARA-CARA MEMBUATNYA


Photobucket
Inilah dia roti Butterscotch dari Gardenia...

Photobucket
Panaskan oven selama 20 minit pada suhu 180°c...

Photobucket
Sementara itu, sapukan marjerin pada roti lapisan bawah supaya apabila diletakkan di atas dulang membakar tidak akan melekat...

Photobucket
Buatkan lubang pada roti lapisan atas dengan menggunakan cawan...

Photobucket
Kemudian, sapukan marjerin pada roti lapisan atas yang telah dibuatkan lubang tadi...
Dicantum dengan roti lapisan bawah pulak...

Photobucket
Pecahkan telur dan dimasukkan ke dalam bulatan roti tadi...

Photobucket
Letakkan pulak serbuk lada hitam ke dalam telur tadi...
Garam halus juga boleh diletakkan jika perlu...

Photobucket
Apabila sudah selesai, masukkan bahan ke dalam oven yang telah panas tadi...
Bakar selama 10 minit...

Photobucket
Roti butterscotch bertelur sudah siap!!!! Hehehe...

Selamat Mencuba


4 comments:

cik zureen said...

sedap x?? recipe baru ni

jay damien said...

recipe butterscotch ni sedap tau reen... lagipun simple je nak buat ni.. hehe

cik zureen said...

ok.. nnt nak try la.. thanks bg ilmu recipe baru

jay damien said...

u most welcome... kalau rasa2 tak dapat butterscotch tu, pakai roti gardenia biasa pun boleh... huhu

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio

KongsiResepi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Abg Jay's Recipes™ Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo