Tempeyek Ikan Bilis

Bahan-bahan

1kg tepung beras
Ikan bilis secukupnya
Kacang tanah secukupnya (dibasuh dan ditos)
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan manis
Santan kelapa (anggaran perahan dari 1 biji kelapa)
1 biji telur
Air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Acuan tempeyek

Cara-cara :

1. Tumbuk ikan bilis secara kasar.
2. Masukkan tepung beras, ikan bilis yang telah ditumbuk, ketumbar, jintan halus, jintan manis, telur dan santan ke dalam mangkuk adunan. Bancuh dan gaul sebati.
3. Pastikan adunan tidak terlalu kental atau terlalu cair. (Jika terlalu kental, masukkan sedikit air.)
4. Panaskan minyak masak.
5. Celupkan acuan tempeyek ke dalam adunan dan taburkan beberapa biji kacang tanah di atasnya.
6. Seterusnya rendamkan adunan tadi ke dalam minyak yang sudah panas. Biarkan sehingga garing.
7. Apabila warna tempeyek telah bertukar keperangan, angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang.
Baca Selanjutnya...

Kerepek Ubi Lada Hitam

Bahan-bahan

1kg Ubi Kayu
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan larutan air garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Kupas kulit ubi kayu, bersihkan dan hiris nipis-nipis menggunakan alat pemotong atau pisau.
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hirisan ubi kayu tadi beserta larutan air garam.
3. Goreng sehingga garing dan berwarna kekuningan.
4. Angkat hirisan ubi kayu tadi dan toskan.
5. Tabur serbuk lada hitam ke atas kerepek ubi kayu dan gaulkan. Sedia untuk dihidang.
Baca Selanjutnya...

Kerepek Ubi BBQ

Bahan-bahan

1kg Ubi Kayu
2 sudu makan perasa BBQ
1 sudu makan larutan air garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Kupas kulit ubi kayu, bersihkan dan hiris nipis-nipis menggunakan alat pemotong atau pisau.
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hirisan ubi kayu tadi beserta larutan air garam.
3. Goreng sehingga garing dan berwarna kekuningan.
4. Angkat hirisan ubi kayu tadi dan toskan.
5. Tabur perasa BBQ ke atas kerepek ubi kayu dan gaulkan. Sedia untuk dihidang.
Baca Selanjutnya...

Kerepek Pisang

Bahan-bahan

1kg Pisang Tanduk
1 sudu makan larutan air garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Kupas kulit pisang, bersihkan dan hiris nipis-nipis menggunakan alat pemotong atau pisau.
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hirisan pisang tadi. Goreng seketika.
3. Kemudian masukkan larutan air garam ke dalam kuali dan goreng sehingga garing dan berwarna kekuningan.
4. Angkat hirisan pisang tadi dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Baca Selanjutnya...

Roti Butterscotch Bertelur™

Hai.. Bertemu lagi kita, resepi saya kali ini adalah Roti Butterscotch Bertelur... Ia juga sangat mudah untuk disediakan... Pemakanan yang sesuai untuk menarik kanak-kanak...
Silalah mencuba...

Photobucket

BAHAN-BAHAN :

Roti Gardenia Butterscotch
Telur
Lada hitam
Marjerin
*sedikit garam halus jika perlu


**********
CARA-CARA MEMBUATNYA


Photobucket
Inilah dia roti Butterscotch dari Gardenia...

Photobucket
Panaskan oven selama 20 minit pada suhu 180°c...

Photobucket
Sementara itu, sapukan marjerin pada roti lapisan bawah supaya apabila diletakkan di atas dulang membakar tidak akan melekat...

Photobucket
Buatkan lubang pada roti lapisan atas dengan menggunakan cawan...

Photobucket
Kemudian, sapukan marjerin pada roti lapisan atas yang telah dibuatkan lubang tadi...
Dicantum dengan roti lapisan bawah pulak...

Photobucket
Pecahkan telur dan dimasukkan ke dalam bulatan roti tadi...

Photobucket
Letakkan pulak serbuk lada hitam ke dalam telur tadi...
Garam halus juga boleh diletakkan jika perlu...

Photobucket
Apabila sudah selesai, masukkan bahan ke dalam oven yang telah panas tadi...
Bakar selama 10 minit...

Photobucket
Roti butterscotch bertelur sudah siap!!!! Hehehe...

Selamat Mencuba


Baca Selanjutnya...

Gulai Kari Udang™

Hai.. Bertemu lagi kita, resepi saya kali ini adalah Gulai Kari Udang... Ia juga sangat mudah untuk disediakan... Silalah mencuba...


BAHAN-BAHAN :

Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Jintan putih
Biji sawi
Cili merah besar
Asam keping
Rempah kari daging

Santan
Minyak masak
Air
Udang
Garam

**********
CARA-CARA MEMBUATNYA



Antara bahan-bahan.

Hidupkan api untuk panaskan periuk.

Masukkan minyak masak ke dalam periuk.

Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam periuk, ditumis.

Kemudian masukkan pula daun kari.

Bahan dalam periuk dikacau.

Kemudian masukkan pula biji sawi dan jintan putih.

Bahan dikacau lagi.

Kemudian masukkan pula air.
(Hati-hati ketika masukkan air ke dalam periuk ketika minyak sedang panas)

Kemudian masukkan pula rempah kari daging.

Dikacau lagi bahan didalam periuk.

Biarkan sehingga naik minyak.

Kemudian masukkan pula cili merah dan asam keping.

Dikacau lagi... hehehe~

Kemudian masukkan pula santan.

Kacau lagi...

Masukkan garam secukup rasa.

Kuah dirasa dengan menggunakan sudu.

Apabila kuah kari sudah secukup rasa, masukkan pula udang.

Kacau dan kacau lagi~ hehehe...

Gulai kari udang sudah siap.. Yippieeeeeee!!!





Selamat Mencuba

Baca Selanjutnya...

Sup Ikan Keli™

Resepi saya kali ini ialah Sup Keli... Mendapat ilham sesudah merasai sup belut, jadi saya telah memodifikasi menu ini kepada sup ikan keli kerana isinya agak sama dengan belut... Hehehe~


BAHAN-BAHAN :

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serbuk lada hitam

Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Daun bay

Bunjut sup
Ikan keli
Garam
Air

*bahan2 yang diwarnakan merah diatas perlu dikisar sekali...

**********
CARA-CARA MEMBUATNYA

Ikan keli yang telah dibasuh.

Antara bahan-bahan.

Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia ke dalam pengisar.

Kemudian diikuti serbuk lada hitam juga dimasukkan ke dalam pengisar.

Rupa bahan yang telah dikisar.. hehehe

Buka api dan panaskan periuk.

Masukkan minyak masak.

Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga ke dalam periuk.

Biarkan sehingga naik bau.


Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

Bahan yang dimasukkan dikacau.

Ouh... terlupa... Masukkan daun bay juga... hehehe

Kemudian masukkan air ke dalam periuk.


Dan masukkan bunjut sup ke dalam periuk.

Garam secukup rasa.

Kemudian di kacau lagi.

Masukkan pulak ikan keli.

Diikuti daun sup.


Kuah sup dirasai dengan menggunakan sudu.

Tadaaaaa~ Masakan sedia untuk dihidang...
Baca Selanjutnya...
Anterior Inicio

KongsiResepi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Abg Jay's Recipes™ Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo