JAGUNG SATAY KAMBING™

Resepi saya kali ini bernama jagung satay kambing... Idea resepi ini tercetus selepas saya membeli jagung rebus pada sebelah petang dan satay kambing pada sebelah malam...
Keesokan paginya terdapat lebihan makanan, jadi saya rasa sayang untuk buangkannya lalu saya pun mencipta resepi yang mudah ini.


BAHAN-BAHAN :

Jagung rebus (diambil isi butiran jagung)
Satay kambing (daging dibuang dari lidi)
Kuah satay
Minyak masak

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
2. Kemudian masukkan satay kambing, diikuti butiran jagung, dan kuah satay.
3. Bahan-bahan dikacau rata.
4. Hidangan sedia untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio

KongsiResepi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Abg Jay's Recipes™ Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo