RENDANG 'LAMB' PETAI™

Ini merupakan resepi rendang saya sempena bulan Ramadhan dan juga hari raya, saya nak berkongsi resipi saya dengan anda semua... hehehe... jadi pepandai la anda mencuba resipi saya ni..


BAHAN-BAHAN :

Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit
Lengkuas
Serai
Cili boh
Santan

Daging 'lamb'
Garam
Gula
Daun kunyit
Petai

*bahan2 yang diwarnakan merah diatas perlu dikisar sekali...

**********
CARA-CARA MEMBUATNYA
Daging 'lamb' dibasuh terlebih dahulu

Daging 'lamb' dihiris halus-halus

Bahan-bahan yang telah dikisar sekali tadi

Cili giling yang telah dikisar menjadi cili boh

Daging yang telah dihiris dimasukkan ke dalam kuali

Bahan2 yang dikisar dan cili boh dimasukkan ke dalam kuali

Kemudian, santan pula dimasukkan ke dalam kuali

Kesemuanya dikacau di dalam kuali

Api dapur mula dihidupkan

Masukkan sedikit garam secukup rasa

Masukkan sedikit gula secukup rasa

Masakan tadi perlu sentiasa dikacau

Dikacau sehingga kuahnya hampir kering

Masakan tadi ditutup dengan tudung periuk

Daun kunyit, perlu dimasukkan apabila kuah telah kering

PETAI...!!!! Sama juga perlu dimasukkan apabila kuah telah kering
Antara kegemaran saya ni...

Rendang telah kelihatan kering kuahnya

Apabila kuah kering, masukkan daun kunyit yang telah dihiris ke dalam kuali

Kemudian, petai pula dimasukkan

Masakan dikacau lagi

Kemudian masakan ditutup semula untuk menjadikan petai terasa empuk

AKHIRNYA, RENDANG TELAH PUN SEDIA UNTUK DIHIDANG... nyumm.. nyumm..

0 comments:

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio

KongsiResepi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Abg Jay's Recipes™ Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo